sjksks.zoom-a.com
SJK SU KWONG, SARIKEI, SARAWAK
KM5.5, JALAN REPOK,96100 SARIKEI, SARAWAK
Tel & Faks : 084651340
e-mel : sjksks@zoom-a.com
| SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR 2008 | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PANORAMA | gambar bangunan sekolah lama | panitia BC 2008 | rimup SK JAWA 2008 | save our earth 2009 | lukisan liang bing 2009 | motivasi 11.7.2009 | persatuan guru-guru cina- 5 mata pelajaran 2009 | Program Bumi Hijau 2009 | HEM 2009 | Kokurikulum 2009 | program kurikulum 2009 | rimup SK Selangan 2009 | pelajar cemerlang top ten kelas 1-6 | ASC 2007 | hari kanak-kanak 16.10.2009 | TERKINI UPSR 2009 | Pertandingan Kuiz Sanis 2009 | Membuat kad ucapan hari Guru & Mewarna 2009 | Pertandingan Kuiz MT 2009 | The best girl & best boy KK 2009 |

SEJARAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN SU KWONG, SARIKEI, SARAWAK






1.               SJK Su Kwong terletak di 5½ KM, Jalan Repok, sebatang jalan utama yang menghubungkan Bandar Sarikei dengan daerah-daerah lain dalam Bahagian Keenam serta dengan tempat-tempat lain di negeri Sarawak.

2.               Sekolah ini dimulakan dengan seramai 20 orang murid dan dua orang guru pada tahun 1920. Guru Besar yang pertama pada masa itu ialah Encik Yek Siik Kang. Sekolah ini pada mulanya ditempatkan di sebuah rumah persendirian yang terletak di 6½ KM dari Bandar Sarikei. Tapak sekolah sekarang ini disewa daripada pemilik persendirian dalam tahun 1922 oleh Gereja Methodist. Sejak tahun itu sekolah pun ditukarkan nama kepada Su Kwong. Menurut adat tradisional orang tua-tua Cina , nama Su Kwong membawa ertinya yang mulia, iaitu Sinar menyeriti kawasan Sarikei, sebab sekolah ini adalah sekolah yang pertama sekali dibina di bahagian Keenam ini.

3.               Bilangan kemasukan murid bertambah dengan perlahan-lahan dan menyakinkan dalam tahun 30-an. Ini disebabkan oleh pertambahan penduduk yang stabil di kawasan tersebut. Untuk menampung keperluan pelajaran di peringkat Menengah Rendah bagi anak-anak penduduk setempat, kelas-kelas untuk tujuan tersebut telah dibuka dalam tahun 1936. Bagaimanapun , dalam tahun 1939, kelas-kelas tersebut dihentikan operasinya kerana sekolah menengah Hua Chiew (Sekolah Tinggi Sarikei) sekarang telah ditubuhkan.

4.               Semasa  pendudukan Jepun dan pemerintahan Jepun, sekolah ini ditutup di antara 1941 hingga 1945. Ia dibuka semula dalam tahun 1946. Pembaikan secara-cara besar-besaran juga telah dijalankan.

5.               Dalam tahun 1950-an, sekolah ini beroperasi dengan purata kemasukan murid dalam lingkungan 150 orang setahun dengan lebih kurang 6 buah kelas dan antara 5 hingga 6 orang guru. Kemuncak kemasukan murid ialah pada tahun 1959 dengan seramai 280 orang murid dan 9 orang guru. Semenjak itu, bilangan murid tidak stabil dan semakin merosot.Bagaimanapun, purata tahunan kemasukan murid berjumlah lebih kurang 250 orang dalam tahun 70-an dan 240 orang pada awal tahun 80-an.

6.               Pada tahun 1983, sekolah ini melaksanakan kelas KBSR, kemasukan murid-murid merosot lagi disebabkan pelbagai sebab. Yang nyata ialah ibu bapa menyedari bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Nelayu dan Bahasa Inggeris tidak memenuhi kehendak mereka. Justeru itu, sesetengah ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah kebangsaan. Jumlah murid pada masa itu  ialah 217 oang.

7.               Hanya dua buah bangunan lama yang dibina dalam tahun 60-an yang masih kekal. Bangunan lama itu diubahsuaikan untuk menjadi dewan perhimpunan yang pada asalnya ialah sebuah gereja manakala bangunan yang kedua pula digunakan sebagai bilik sumber dan makmal sains.

8.                Dua blok bangunan batu satu tingkat telah siap dibina dalam tahun 1970. 50% kos pembinaan telah dibiayai oleh Jabatan Pendidikan manakala bakinya dikutip derma daripada penduduk tempatan. Gelanggang bola keranjang telah siap dibina pada akhir tahun 60-an, sederet tandas lelaki dan perempuan yang bersimen dibina pada 1974, gelanggang badminton pada tahun 1977 dan gelanggang bola tampar pada tahun 1980. Semua kos pembinaan itu adalah kutip derma daripada penduduk tempatan.

9.               pada tahun 1992, sebuah bilik Kemahiran Hidup dan sebuah bilik makan untuk murid-murid siap dibina. Atas usaha gigih semua guru, keceriaan kawasan dimulakan. Pembinaan tempat letak kereta dibina, pembinaan pintu sekolah yang bersimen, pembinaan lencana sekolah, dan sebatang jalan masuk ke sekolah ditarkan.

10.         Pada tahun 2001, bilik komputer dibina atas usaha Lembaga Pengurusan Sekolah membuat derma daripada penduduk tempatan. Pancuran air dibina dan taman Sains siap dibina  untuk memenuhi hasrat keceriaan kawasan sekolah.

11.         Pada tahun 2002, kelas komputer dimulakan dengan bayaran RM10 sebulan. Stadium bola keranjang berbumbung dibina atas usaha bekas menteri Parlimen Sains Teknologi dan Alam sekitar iaitu Datuk Law Hieng Ding. Tandas guru dan kolam ikan dibina. Lantai makmal sains disimenkan semula kerana kebanyakan simen lantai retak.

12.         Atas usaha Puan Christina Chieng Hee Sieng, tandas lelaki dan perempuan murid telah dibina bersimen dan berjubin pada tahun 2003. Tandas yang dibina pada tahun 1974 telah dirobohkan.

13.         Atas usaha Puan Chieng dan Pihak Pegawai  JPB Sarikei, Encik Hamdan bin Ahmad telah memberi bantuan kewangan untuk membuat pagar hadapan sekolah pada akhir tahun 2004.

14.         Pada tahun 2005, bumbung perpustakaan yang lama telah ditukar. Bilik Guru Besar, bilik pejabat Am dan bilik guru telah berjubin atas bantuan kewangan daripada JPB.

15.         Pada awal tahun 2006, tirai hadapan kelas tahun 5 dan tahun 6 ditaja oleh Public Bookstore Sibu dan Mellinium Bookstore Sarikei.

16.         Sekolah kami telah menyertai pertandingan Harapan Negara Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2006. Sekolah kami telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Selain daripada itu, sekolah kami telah dipilih untuk mengadakan pameran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Suarah Mukah pada 24 Mei 2006 hingga 27 Mei 2006.

17.         Bilik Kemahiran Hidup, dapur, stor lama telah dirobohkan kerana dimakan oleh anai-anai. Dewan makan baru telah dibina dan mula bermula pada bulan Mac 2007.

18.         Sekolah kami telah  diundang untuk mengadakan Pameran  Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Betong pada 21 Mei 2007 hingga 24 Mei 2007.

19.         Tempat pembuangan sampah sarap telah siap dibina pada pertengahan tahun 2007 dengan bantuan kewangan daripada YB Datuk Teng Lung Chi sebanyak RM2000.00. dan dibina oleh Penolong Yang Dipertua PIBG – Kiing Chiew Kuo.

20.         JPN Sarawak telah mencalonkan sekolah ini untuk menyertai Pertandingan Anugerah Sekolah Cemerlang pada bulan Julai 2007. Sekolah ini telah mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang 2007 dan menerima anugerah tersebut di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya pada 21 – 23 November 2007 daripada YB Hishammuddin Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Lau Hie Huong, Wong Hee Lan, Wong Mee Leng, Seo Kheng Bung (YDP PIBG), Abu Seman dan Solomon Kiing Sie Chiew ( wakil murid) yang menghadiri majlis anugerah ini.

                                 




                                                         

                             

                                                        


                                                 


                                                   



                                                          



                                                        


                                                       

                                                     


                                                       


                                                 

                                                 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




SHINE SU KWONG SHINE

KAMI DATANG DENGAN HARAPAN; KAMI PULANG DENGAN KECEMERLANGAN.

                                                               


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: